PELIK KE ? RAPAT DENGAN IPAQ DUAI ?

ramai orang pelik bila aku cakap aku travel dgn satu family adik beradik + ipaq duai. ramai orang cakap macam wah ! hebat ek holiday dgn ipaq duai ? percaya ye dengan ipaq duai ?

family aku boleh di katakan setiap kali travel akan ada semua , kalau tiba2 kak atau abang taknak pergi seluruh trip holiday boleh cancel . rasa tak lengkapya bila takde salah sorang
tahun 2016 tahun paling suram , sebab adik spm šŸ˜­ dpt pergi korea je awal tahun haritu
tu pun cikgu dah perli " family awak takde tarikh lain ke nak pergi holiday "

abg ( nauf ) dan adik *tripkorea


aku nak share tip macam mana nak bagi adik beradik , ipaq duai rapat antara satu sama lain !

1. jangan berlagak kaya atau pernah cita kejayaan
ni paling penting , walaupun aku ni founderdianz aku tak pernah balik kampung tiba2 nak cita bisnes aku kencang , ada puluhan billboard lah , bla bla ! tak pernah lgsg , boleh di katakan kalau family atau ipaq duai tanya bisnes macam mana ? " ok lah alhamdullilah " macam tu je , takde aku nak sembang kencang dapat sale sejuta bagai .

family aku :) trip korea

2. hormat satu sama lain dan anak2 mereka
jangan nak kekwat mentang2 lah kita ni berada , itu tak boleh , ini tak boleh , mentang2 kita selalu bg duit kt mak , adik beradik lain cakap semua tak betul belaka . ni memang takde dalam family aku , semua orang adalah sama , kalau boleh sorok2 lagi taknak diorang terasa

familykak *tripkorea
3.  kaya kan adik beradik yang lain !
boleh di katakan adik beradik aku semua senang . dulu aku sorang je senang , tp bila aku dah mula bertapak dlm bisnes online . semua pun nk buat bisnes online . tapi JANGAN BAGI MODAL ! aku memang tak bagi sesen pun duit kat adik beradik untuk mulakan bisnes . pakai duit sendiri tapi  ilmu aku bagi . tak faham tanya ! aku sedia membantu tapi jangan minta duit ! PANTANG TOK NENEK !
bila pakai duit sendiri baru rasa azab nk maju kan bisnes  kalau semua nak di suap BANYAK DIVA !

4. tong tong pi mana2 pun ..
kalau holiday mana2 semua ada tugasan masing . QUEEN & KING opkos lah mak dan abah kan. kami adik beradik selalu akan tong tong duit !

aku - hotel / penginapan
abg ipaq / kak - flight
abg - belanja duit kt sana ( makan )
so takde istilah hg kaya aku miskin , hg belanja hg best ! noooooo ! semua adalah sama !

mak abah *tripkorea
5 . Seboleh nye satu rumah !
pergi memana kami memang tak mau kalau bilik asing2 . tak happy nye . seboleh kami akan pilih homestay atau villa kalau holiday . biar lah tambah extra bed pun asalkan semua satu rumah . baru lah riuh rendah . TAKDE ANAK DARA nak duduk dlm bilik . sepakat membawa berkat lah senang ckap .

suami dan abg ipooooo
Setakat ni aku memang takde masalah dan tak pernah ada masalah dengan holiday family dan ipaq duai, kami holiday byk tempat dah , luaq dan dlm malaysia , korea , maldives , umrah , thailand , lombok ,guangzhou , trip bisnes pun angkut family

bagi aku trip dgn family paling membahagiakan walaupun agak kos sikit tapi kenangan tu tiada nilai nye , gaduh2 manja ? tu biasa , mana ada family yang sempurna ,  jangan asyik nak salah kan adik beradik dan jangan pernah bergaduh lebih 1hari

thanks sudi baca :)

#founderdianz
www.hisaphisapteruscantik.com

No comments: