review MOVIE VIP KOREA - LEE JONG SUK


baru lepas habis tgk movie korea , jarang layan movie korea sebenarnya tapi sebab ada lee jong suk
OPPPAAAAAAAAAAAA 
hehehe so layan lah dengan harapan tinggi menggunung, 
yela selalu lee jong suk berlakon mesti best n melting nyee 😎



REVIEW :

Ni pendapat aku jela yea , mybe aku terlalu high expectation kot tapi result nye macam hambar sikit
mengisahkan Kim Kwang-il ( lee jong suk ) seorang anak berpengaruh di korea utara , di sebabkan pengaruh dia yg luar biasa , dia hidup dengan terlalu bebas , seks , perempuan cuma dia ada 1 masalah
* mati pucuk *
oh sadissss ! hahahaha 😂
di sebabkan penyakit dia tu , dia jadi benci kt perempuan dan rasa semua perempuan menyakitkan hati , sebabkan tu dia akan culik byk perempuan dan bunuh
dia suka dengar jeritan dan rayuan perempuan , lagi merintih lagi dia happy 
jahat gila kan ?

dia punya jahat tu bukan biasa2 wei , punya kejam sampai ikat kat kereta pastu tarik , ya ampun ngeri !
kalau selalu tgk oppa cair je , tapi dalam filem ni oppa dari 1 side yang sangat berbeza la . kejam , saiko dan menyakitkan hati , dia senyum tu dah jadi menakutkan
lakonan dia power ! 

bila dah berbelas kes kantoi kat korea utara , rakyat mula tak puas hati dan pengaruh dia dah tak boleh nak guna pakai lagi , dia lari ke korea selatan atas bantuan amerika . 
ingat dok korea selatan insaf ,wei lagi teruk pangai dia , lagi kejam 

so selepas dah 5-6 kes korea selatan dah tak dapat nk berdiam diri 
diorang upah 1 polis yang paling power kt korea , Chae Yi-do lakonan ( Kim Myung-min) polis ni kalau sebut nama dia terus semua orang kecut
umpama anjing yg mengigit , sekali gigit tak kan lepaskan ooo 

bila amerika tahu yang Chae Yi-do handal kes ni 
diorang pun kecut perut , dan diorang minta bantuan unit NIS Park Jae-hyuk lakonan ( Jang Dong-gun) untuk bebaskan Kim Kwang-il
so Kim Kwang-il sentiasa rasa dia tak kan tertangkap dengan pengaruh bapak dia yang power gila dari korea utara dengan campur tangan amerika

overall cerita ni laju gila dan terlalu byk bercakap , aksi oppa lee jung suk tkde pun byk sgt
byk bersembang dan kdg3 aku pun tak faham dengan jalan cita dia
mula2 nak tangkap lee jong suk pastu tiber2 kait politik , ending balas demdam
so hampa tengok lah sendiri 



so aku bagi 3 /5 💛💛💛💛💛
dia takde unsur romantik leleh lgsg , memang filem aksi 
dan tak sesuai di tonton 18 tahun ke bawah 
ceehhhhhh hahahaha .
so ok lah kalau nak tgk sisi lain lakonan lee jong suk

sekian 💜selamat menonton 




No comments: