review MOVIE VIP KOREA - LEE JONG SUK


baru lepas habis tgk movie korea , jarang layan movie korea sebenarnya tapi sebab ada lee jong suk
OPPPAAAAAAAAAAAA 
hehehe so layan lah dengan harapan tinggi menggunung, 
yela selalu lee jong suk berlakon mesti best n melting nyee 😎



REVIEW :

Ni pendapat aku jela yea , mybe aku terlalu high expectation kot tapi result nye macam hambar sikit
mengisahkan Kim Kwang-il ( lee jong suk ) seorang anak berpengaruh di korea utara , di sebabkan pengaruh dia yg luar biasa , dia hidup dengan terlalu bebas , seks , perempuan cuma dia ada 1 masalah
* mati pucuk *
oh sadissss ! hahahaha πŸ˜‚
di sebabkan penyakit dia tu , dia jadi benci kt perempuan dan rasa semua perempuan menyakitkan hati , sebabkan tu dia akan culik byk perempuan dan bunuh
dia suka dengar jeritan dan rayuan perempuan , lagi merintih lagi dia happy 
jahat gila kan ?

dia punya jahat tu bukan biasa2 wei , punya kejam sampai ikat kat kereta pastu tarik , ya ampun ngeri !
kalau selalu tgk oppa cair je , tapi dalam filem ni oppa dari 1 side yang sangat berbeza la . kejam , saiko dan menyakitkan hati , dia senyum tu dah jadi menakutkan
lakonan dia power ! 

bila dah berbelas kes kantoi kat korea utara , rakyat mula tak puas hati dan pengaruh dia dah tak boleh nak guna pakai lagi , dia lari ke korea selatan atas bantuan amerika . 
ingat dok korea selatan insaf ,wei lagi teruk pangai dia , lagi kejam 

so selepas dah 5-6 kes korea selatan dah tak dapat nk berdiam diri 
diorang upah 1 polis yang paling power kt korea , Chae Yi-do lakonan ( Kim Myung-min) polis ni kalau sebut nama dia terus semua orang kecut
umpama anjing yg mengigit , sekali gigit tak kan lepaskan ooo 

bila amerika tahu yang Chae Yi-do handal kes ni 
diorang pun kecut perut , dan diorang minta bantuan unit NIS Park Jae-hyuk lakonan ( Jang Dong-gun) untuk bebaskan Kim Kwang-il
so Kim Kwang-il sentiasa rasa dia tak kan tertangkap dengan pengaruh bapak dia yang power gila dari korea utara dengan campur tangan amerika

overall cerita ni laju gila dan terlalu byk bercakap , aksi oppa lee jung suk tkde pun byk sgt
byk bersembang dan kdg3 aku pun tak faham dengan jalan cita dia
mula2 nak tangkap lee jong suk pastu tiber2 kait politik , ending balas demdam
so hampa tengok lah sendiri 



so aku bagi 3 /5 πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›
dia takde unsur romantik leleh lgsg , memang filem aksi 
dan tak sesuai di tonton 18 tahun ke bawah 
ceehhhhhh hahahaha .
so ok lah kalau nak tgk sisi lain lakonan lee jong suk

sekian πŸ’œselamat menonton 




selamat hari kita yang ke 6 !



15.9.2018

genap 12tahun kita bercinta paa ,
rasanya tahun ni macam takde nak celebrate sgt
yelah dah 6tahun , nak suprise beriya2 pun dah hambar
tapi cinta i kat u tak pernah hambar paaaa
cia cia cia hahhaahha ..

dok lepak2 kat umah bosan lak , cakap dgn dia
paaaa takde hadiah apa2 ke ? i bagi u fendi ookkk !
dia cakap iphone tak keluar lagi so tak boleh lah beli
ceh ! TAKMAU LAH IPHONE , nak beli pakai duit sendiri

tiba2 petang kol5 macam tu ada nak cod tauhu bergedil
aku yang nak makan selalu dia pergi ambil je
tiba2 harini ajak aku pergi ambil sekali

ok lah siap2 nak pergi tu
aku jalan kat kereta sambil main hp
tiba2 dia tengok aku senyum2
pehal lah mamat ni ! padahal masa ni aku dah buka pintu keta tau
tapi sebab dok main hp sgt

alaaaaaa bunga dekat seat depan !


tapi pelik tau bunga dia
warna warni cantik tapi bagi aku pelik lah sebab selalu bunga 1 -2 warna je
tiba2 dia cakap

" papa ambek 6 warna sebab kita dah 6 tahun kawin "

aloooooooooo terus terharu 
yelah dia bukan jenis yg sweet2 sgt

pastu dia sambung lagi ,
"cuba mamy teka kenapa byk kaler purple ?"

sel hotak aku tak leh berhubung
serius blur ! hahahah

dia : sebab dah lama papa dgn dianz , dianz kan purple !
hahaha krik krik krik krik

but i love your effort paaa
u bukan jenis romantik pun , jenis malu
tapi bila u usaha beli bunga
siap bermaksud2 lagi
terharu dari hati paling dalam oooo
hahahaha 

terima kasih untuk 6tahun perkhawinan kita yg sgt indah
bunga ada 12 kuntum paaa 
dah 12tahun kita bercinta

hari2 i syg u , setiap hari i jatuh cinta dgn u
i will love u , as long u love me too πŸ’›πŸ’œ

-founderdianz 




MUNAFIK 2 ! FILEM WAJIB TENGOK


BETUL LAH ORG KATA TAK BEST


.

wahhh awal aku jejak panggung kali ni
adik ajak tgk , tok laki tkmau join
so bujang sat dgn adik pi panggung 

ni pendapat aku je naa , 
kalau tak sama hampa tok sah la kecam 

awal masuk ,
baru start level terkejut dah tahap tinggi
baru tak sampai 5 minit tayang
aku dgn adik dah terhantuk kepala
sbb dua2 terkejut nk peluk pastu terhantuk 🀣 hahaha 

dia punya tahap terkejut dari awal sampai habis 
tak habis2 terkejut
tak turun2 , konon nak lega sat tapi terkejut lg
patut lah ada amaran sakit jantung tkleh tgk 

hantu dia tak cliche ,serius tak sama cerita lain 
hantu kua dgn part tak di jangka , 
hg ingt dia kua kt bawah , last2 tak kua pun 

sampai hg rasa tak boleh blah sgt
hg tgk cita tu di sebalik tudung
konon samar2 tak la rasa takut sgt hahahha

cerita ni berat ,serius berat
kisah org perkotak katik kan agama kita
seronok dgr mawi n syamsul baca ayat quran 

watak yg semua bawak pun best
serius watak tok adi hg rasa nk buh penampaq
hilang 100% watak tok adi
muka dia sentiasa bengis mmang sakit hati
muka dia tkde belas kasihan lgsg 

cerita ni blh menitiskan air mata
sedih , kecewa n marah 

watak mawi yg lurus tapi ergghh
watak maya karin yg sgt syg anak dia 

tapi aku tak terima part diorg pijak2 org tua ( ayah adam ) 
ya Allah luluh hati ,rasa tak sggup tgk 
ada part sampai aku kata kt adik
“ kita ptut kua kot “

sebab aku rasa stress sgt
cerita sgt teliti , cerita yg buat kita munasabah diri

“ mungkin kita tak kan tersesat dari islam  ? “

paling sgt sgt sgt awesome
semua pelakon tutup aurat ooo
bagus sgt . tkde yg tak pakai tudung 

ada part buka2 baju laki 
tp sikit pun tak nmpk pusat atau lutut
sentuhan laki puan pun tkde  
maya karin makan pun pakai inner tudung

dan ending dia part azman ( fizz fairus ) kwn ustaz adam paling tak di sangka , 
adik aku cakap WEI SERIUS LAAA
mmang hampa rasa serius laaa ! 

ending dia buat kita sendiri berfikir

“ benar islam kah kita ? “ 

total aku terhantuk dgn adik 3 kali hahahah 
sakit lak tu ,siap maki sesama sendiri sbb sakit 🀣 hahahah 
ada part aku tak tgk lgsg terutama part ular 

tak ragu utk beri 10/10  , terlalu BEST 
wajib tgk !selamat menonton πŸ’œπŸ’›



p/s : yg dah tgk jgn buat spoil pi cita haha
-founderdianz

THE NUN - HONEST REVIEW

KURENGGG LAH CITA THE NUN
baru kua semalam 
sapa yg layan the conjuring 1 dan the conjuring 2 mesti high expectation untuk the nun 
mesti hg rasa nak tgk apa jadi kat VALAK
tapi ..
kalau hampa dah tgk munafik 
pastu tgk the nun , mesti akan rasa boring skit
tapi kalau tak tgk lg mybe kata best sgt
kalau munafik versi cerita agama kita ( islam )
tp kalau the nun cerita agama kristian
100% mengenai gereja , kitab bible , paderi sister 
betul2 paduuuuuu
nak kata tak best lgsg tak jugak
boleh layan tapi agak slow
hantu dia terkejut smpai bergoncang gak badan hg terkejut
tp dri 1 hantu nak ke hantu lg 1 tu agak kureng
kalau munafik , tak dan hg nk bertenang dah terkejut nk terkencing lagi
sesuai la dgn nama dia THE NUN
slow sgt, kita dah sampai YA hahahahaha
#tiberrr 
so pendapat aku nak layan , layan lah ok je
tapi kalau nk harap best gila 
biase2 je
pendapat lain2 , mybe org lain rasa best naaa 
selamat menonton πŸ’œπŸ’›
-founderdianz




4 FASA DUNIA BISNES ONLINE !

kesian newbie baru nk bisnes , dah la takde modal , mula dengan dropship je , belajar lah sorang2 promot kt fb ni ,  tapi ada kawan cakap  EEEEE MAHAL NYEEE 
kawan2 bagi lah diskaun

krik krik krik ....

kawan dah la tak sapot untuk beli , mengutuk pula ,kalau kita down kat fasa1 ni ,
kita akan hancur , jangan down kat fasa 1 sebab fasa 1 ni paling kuat cabaran MULUT NYA
cabaran mulut ni bukan dari kawan je tapi ahli keluarga terdekat

fasa 1 Lebih kurang , 1-3 bulan pertama mmang kutukan , hinaan perlian
maksima 6bulan bergantung cara kita bertindak
ACTION KITA UNTUK MAJU kedepan

selepas 6bulan kita upgrade jadi stokis atau agent , dah pegang stok sendiri
kita pun upload  " ALHAMDULLILAH FIRST TIME AMBIL STOK
SEMOGA LAKU KERAS "

kawan : BOLEH BERJAYA KEE,, 
AKU NAK TGK BERAPA LAMA KAU LEH TAHAN..

fasa 2 ni selalu kita lebih matang dan tak peduli dah
sebab fasa 1 tadi kita dah kebal , kita pun dah syok sebab dapat upgrade
dari dropship seciput sekarang , kita pun terus maju kedepan,
akhir nya beli sebijik aset /kereta , barang emas ke  apa2 lah yang menarik
kita pun upload

HASIL NIAGA ONLINE , ALHAMDULLILAH :)

kawan : BRU MAJU SIKIT DAH BELI KERETA, 
TU LAH MELAYU , TAK LAMA LAGI KENA TARIK LAH TU ..

fasa 3
selalu kita dah sibukkkkkk , dia komen pun kita tak peduli dah , kadang mungkin kita lupa terus kat dia dah hehe .
yang kita tau nk repeat repeat repeat , hang nak kata aku pasal kat hang lah
sebab bisnes kita makin maju
kita pun upgrade ilmu , dah jadi stokis kan untung masyukkk kit
HQ bagi reward macam2 ,  pi kelass belajar marketing tok nenek bagai
dan kita memang terus kedepan  , follower kita pun makin ramai

DIA ? semakin samar dalam ingatan kita

TAPI BERBEZA DENGAN FIKIRAN KAWAN KITA TU

MATA dia dah terbuka luas tapi bukan peluang bisnes
dia nampak kenikamatan dari segi yang lain !
tiba2 kita akan dapat 1 sms misteri

" WEI BOLEH TAK PINJAM DUIT ? kereta aku dah 3bulan tak bayar
bulan ni sesak sikit , tolong lah , tak kan taknak bantu kawan
KAU PUN DAH SENANG SEKARANG "

tudiaaaaaaa AYAT KERAMAT keluar dah , kau pun dah senang sekarang ! 

kita pun berhati suci , niat masih nak bantu, kawan kan ?
" nak tak kau jadi dropship aku ? untuk kau aku bagi produk je , takpayah modal
nanti dapat untung kau bayar "

ada dua balasan korang akan dapat

- kutukan
- seen

ni hakikat ..
aku pernah alami benda ni dan aku rasa 90% peniaga akan alami benda ni
kalau lah kita berhenti kat fasa 1 tadi ?

dan berapa ramai seller online yang dah pun berhenti di fasa 1 ?

thanks sudi baca :)

#founderdianz
blog : www.dianpixy.my
website : www.hisaphisapteruscantik.com


RASA BERSALAH DENGAN UWAIS 😭

kehidupan aku ni hari2 sibuk , makan pun kdg kemana , byk masa di habiskan dalam kereta , uwais anak aku memang aku besarkan sendiri , rumah aku tanpa maid .

uwais anak baik yang hidup tanpa gajet 100% . bulan ni dah masuk 6 bulan uwais tanpa gajet
bila tengok dia main sorang2 , aku selalu rasa sedih


ada dua perasaan bila tengok uwais main sorang2

1. nak bagi uwais adik
2. rasa kesian kat uwais dan adik , sbb skang pun uwais mcm terabai sikit

hmm ... bila nk tidur aku selalu fikir benda ni , aku sangat hapy ada kak ,abg dan adik . Aku happy ada org support aku , syg aku , bercerita dgn aku

jadi bila aku decide untuk malas pregnant lagi , aku selalu rasa bersalah ,aku rasa aku sangat selfish. aku happy ada beradik kenapa aku tak nak bagi benda tu kat uwais ?

bila aku rasa mcm ni , aku akan cakap lak " ok kita bagi uwais adik "
pastu aku cakap lak " no no no , nnt adik2 terabai "

apa masalah aku pun tak faham , ke aku trauma dgn bersalin lg ?
ni memang perangai ibu2 berkerjaya ke ? dalam dilema ?
sharing sikit ibu2 semua

thanks sudi baca :)




#founderdianz
www.hisaphisapteruscantik.com

PELIK KE ? RAPAT DENGAN IPAQ DUAI ?

ramai orang pelik bila aku cakap aku travel dgn satu family adik beradik + ipaq duai. ramai orang cakap macam wah ! hebat ek holiday dgn ipaq duai ? percaya ye dengan ipaq duai ?

family aku boleh di katakan setiap kali travel akan ada semua , kalau tiba2 kak atau abang taknak pergi seluruh trip holiday boleh cancel . rasa tak lengkapya bila takde salah sorang
tahun 2016 tahun paling suram , sebab adik spm 😭 dpt pergi korea je awal tahun haritu
tu pun cikgu dah perli " family awak takde tarikh lain ke nak pergi holiday "

abg ( nauf ) dan adik *tripkorea


aku nak share tip macam mana nak bagi adik beradik , ipaq duai rapat antara satu sama lain !

1. jangan berlagak kaya atau pernah cita kejayaan
ni paling penting , walaupun aku ni founderdianz aku tak pernah balik kampung tiba2 nak cita bisnes aku kencang , ada puluhan billboard lah , bla bla ! tak pernah lgsg , boleh di katakan kalau family atau ipaq duai tanya bisnes macam mana ? " ok lah alhamdullilah " macam tu je , takde aku nak sembang kencang dapat sale sejuta bagai .

family aku :) trip korea

2. hormat satu sama lain dan anak2 mereka
jangan nak kekwat mentang2 lah kita ni berada , itu tak boleh , ini tak boleh , mentang2 kita selalu bg duit kt mak , adik beradik lain cakap semua tak betul belaka . ni memang takde dalam family aku , semua orang adalah sama , kalau boleh sorok2 lagi taknak diorang terasa

familykak *tripkorea
3.  kaya kan adik beradik yang lain !
boleh di katakan adik beradik aku semua senang . dulu aku sorang je senang , tp bila aku dah mula bertapak dlm bisnes online . semua pun nk buat bisnes online . tapi JANGAN BAGI MODAL ! aku memang tak bagi sesen pun duit kat adik beradik untuk mulakan bisnes . pakai duit sendiri tapi  ilmu aku bagi . tak faham tanya ! aku sedia membantu tapi jangan minta duit ! PANTANG TOK NENEK !
bila pakai duit sendiri baru rasa azab nk maju kan bisnes  kalau semua nak di suap BANYAK DIVA !

4. tong tong pi mana2 pun ..
kalau holiday mana2 semua ada tugasan masing . QUEEN & KING opkos lah mak dan abah kan. kami adik beradik selalu akan tong tong duit !

aku - hotel / penginapan
abg ipaq / kak - flight
abg - belanja duit kt sana ( makan )
so takde istilah hg kaya aku miskin , hg belanja hg best ! noooooo ! semua adalah sama !

mak abah *tripkorea
5 . Seboleh nye satu rumah !
pergi memana kami memang tak mau kalau bilik asing2 . tak happy nye . seboleh kami akan pilih homestay atau villa kalau holiday . biar lah tambah extra bed pun asalkan semua satu rumah . baru lah riuh rendah . TAKDE ANAK DARA nak duduk dlm bilik . sepakat membawa berkat lah senang ckap .

suami dan abg ipooooo
Setakat ni aku memang takde masalah dan tak pernah ada masalah dengan holiday family dan ipaq duai, kami holiday byk tempat dah , luaq dan dlm malaysia , korea , maldives , umrah , thailand , lombok ,guangzhou , trip bisnes pun angkut family

bagi aku trip dgn family paling membahagiakan walaupun agak kos sikit tapi kenangan tu tiada nilai nye , gaduh2 manja ? tu biasa , mana ada family yang sempurna ,  jangan asyik nak salah kan adik beradik dan jangan pernah bergaduh lebih 1hari

thanks sudi baca :)

#founderdianz
www.hisaphisapteruscantik.com

cara bersedekah semudah A,B,C

PETANG ahad yg bosan ni.. tbe2 rasa nak sharing cara bersedekah yang paling mudah in the world..
korang blh lakukkan setiap mggu. .dan ble kelapangan..dan ble ada lebih duit kit
tambahan skang bulan ramadan..sgt bagus la kte bersedekah

Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." - At Tirmidzi

ayuh bersedekah ..ikuti step di atas.. first sekali korang perlu ada cimbclick la..

Jutawan senyap ( tip berniaga online part II)


positifkan minda anda just sharing .

tahun ni merupakan tahun ke 3, sy berniaga online.ramai yg tanya mcm mana buat bisnes online 
? berdasarkan pengalaman sy sendri utk mulakan bisnes online tak perlu beritahu sesiapa2 pun. even keluarga sndri.. yeaa.. sokongan keluarga tu perlu.. tp kdg2 ada keluarga yg tak yakin dgn kemampuan kita sendri dan akan buat kita bertambah down bila di kritik,.


paling2 ta
k perlu beritahu KAWAN, entah la bagi saya.beritahu kawan2 hanya menjatuhkan.. okay... memang kadang2 kawan2 yg support beli..tapi minta diskaun melampau2..nak free nak hrga modal je. Sebagai contoh modal rm10. Untung rm2. . kawan beli nak diskaun.berapa diskaun yg anda boleh beri ? minyak tol ? kos usaha anda ? kalau niaga online.. nak free pos pulak.. poslaju rm6. Anda rugi rm4.00 ?? kadang2 kawan tak pernah memahami pe yang cuba kita buat.

saya masa mula2 niaga Dian pixy tahun 2009. family tak tahu,bf pun tak tahu ( husbnd sy skang) .masa kua bf tnya knp hp asyik masuk msg je ? hanya jwb..ada hal sikit tu je. Family langsung tak tahu.sbb saya belajar jauh. Berdikari sendiri saja.

pos barang ,cari produk,kawal stok semuanya sndri hingga dah dpt untung pertama baru la bagitau family.. n bf tp bf tak caya,dia ckap niaga online boleh pergi jauh ke ?. see ? itu pun dah menjatuhkan bercinta masa tu dah hampir 4taun tp still tak percaya kemampuan sy? Yela masa itu saya baru berumur 18 tahun. Budak mentah yang miskin ingin mencari duit sendiri untuk menampung kehidupan sehari belajar di asrama.

berbalik kepada cerita tadi..kawan2 terdekat lagi la ,memang tak bagi tahu kecuali roomate.roomate sbb sy selalu pinjam letop dia utk berniaga.. kna bgtau kan.. tapi masa mula2 create facebook dianpixy. Dia Tanya ‘ buat apa ?  saya jawab : adalah.. da lama baru maklumkan kat dia hehe..

dah masuk sem 2 baru la org tahu saya berniaga online.tp bukan saya yg beritahu tp mereka tahu sndri.. until now selepas 3 taun.masih lagi ada kwn2 tak tahu sy berniaga online . kalau nak tahu pun terjumpa facebook or gosip2 antara kawan.nak tahu dari saya ? tak la :) dan dari pe yang saya baca bermula perniagaan dengan senyap adalah faktor untuk kita berjaya..

buku yang penuh inprirasi .motivasi.. anda wajib beli..dan anda akan rasa sangat teruja.. aku nak seperti dia !

produk jenama sendiri selepas 3 tahun berniaga.,modal sendiri.usaha sendiri.. dan doa dari emak dan suami


kadang2 kite gagal bukan sebab diri kite.tp sbb keadaan sekeliling yg tak pernah membantu tapi pe2 pun  kite kna positif tetapkan target dan matlamat utk berjaya.. dan niat ? untuk apa aku berniaga ni ? jadi kaya ? tolong mak ? baiki taraf hidup ? niat tu penting.kalau mula2 niat dah tak betul..ALLAH pun taknak tunjuk jalan untuk kita.

target saya yg pertama dulu.nak tolong mak bayar kereta rm530 dan saya dapt tunai targhet saya.! bulan pertama berniaga online masa sy da dpt byr kereta mak dan time tu baru la mak percaya saya boleh berniaga online.. mula cari staff untuk handle belakang tabir.duduk asrama terhad..  mula2 abah yang bantu pos barang..

berniaga online bukan untuk keuntungan semata2..tp kepuasan dan minat dan ikhlas.. kalau anda hanya fikirkan untung untung untung,PERCAYA..bisnes anda takkan kemana .]bukan nak ckap saya INSAN BERJAYA .tak.. sy baru mula melangkah.. baru nak belajar berjalan dengan lebeh kukuh dlm dunia bisnes ..tp semasa umur sy 21 tahun.sy mampu milik segalanya.. walaupun sebelom produk jenama sndri di keluarkan.. dan sy bukan dari keluarga yang senang. paling penting.walaupun dah berkhawin.. bisnes ni. sy mampu buat mak tersnyum.. itu yg paling pntg..
 dan jangan sekali kita riak.. dgn ALLAH atau pun manusia. jgn da ada duit  10 ribu berlagak.lupa diri.. lupa tuhan.. ingat rezeki tu bukan milik kita sahaja..tapi milik orang lain juga.. jangan takut mula kan langkah.. orang yang berjaya untuk memula kan langkah tanpa menoleh kebelakang.. GAGAL SEKALI bukan anda akan gagal selamanya..

BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA DENGAN TEKUN IBARAT SEEKOR PENYU
YANG SENYAP- SENYAP BERTELUR HINGGA RATUSAN BIJI ,
TIDAK MENGELUARKAN SEDIKIT SUARA PUN,
HANYA DENGAN AIR MATA BERLINANGAN
DAN KITA TIDAK PERNAH MENDENGAR PENYU BERKOKOK ATAU TERTAWA
HANYA KITA DENGAR IALAH PENYU MENANGIS

JD insan yang berjaya dgn usaha anda sendiri..tak perlu hebohkan.. hanya merendah diri tanpa ada yang sangka.. anda adalah JUTAWAN SENYAP..

sekian.. good luck :D 

cerita lain.. PART I > TIP BERNIAGA ONLINE ( CERITA MENGENAI DIRI SENDIRI)


cara-cara menggunakan cimbclick

"Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Maybank2u Anda"
selepas baca klik like n share
Langkah Pertama :

Langkah pertama ini hanya untuk orang yang belum daftar lagi di laman web cimbclick,anda boleh terus ke langkah kedua jika anda sudah daftar di laman web cimbclick.Pastikan anda sudah daftar maybank2u phone tac kerana Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar pada no tel. bimbit anda yang anda

daftarkan di mesin ATM sebelum ini. .




"Cara-Cara Untuk Transfer Duit Dan Buat Pembelian"
Langkah Kedua :
Ok, sekarang anda dah pun login akaun Cimb Clicks anda.

Di sini akan diterangkan macam mana nak transfer duit untuk buat
Pembelian Melalui Internet.

Klik Login :-



Masukkan Username dan Password anda,

Klik Submit :



Kemudian klik pada Transfers.



Kemudian klik pada Transfer Funds :-


Kemudian klik pada 'To other CIMB accounts'

1. Di ruang Transfer from account, pilih nombor akaun anda.

2. Diruang Transfer to account, klik di other account, masukkan nombor akaun penerima.
3. Isikan amaun = $$$
4. Diruang Beneficiary Payment Alert, klik di email, masukkan email penerima, tinggalkan kosong diruang sms.Tinggalkan kosong di ruang Remarks.
5. Klik Submit. 



Pada paparan seterusnya, isikan nombor tac yang anda dapat melalui

sms. Pastikan nama Penerima itu betul.
Kalau semuanya ok, klik pada Confirm/Submit. Selesai.
Save bukti bayaran tersebut.Pastikan anda mencatat tarikh dan masa transaksi.
Selesai. 

selepas baca klik like n share




cara-cara menggunakan maybank2u

"Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Maybank2u Anda"
selepas baca KLIK LIKE anda SHARE

Langkah Pertama :

Langkah pertama ini hanya untuk orang yang belum daftar lagi di laman web maybank2u,anda boleh terus ke langkah kedua jika anda sudah daftar di laman web maybank2u.Pastikan anda sudah daftar maybank2u phone tac kerana Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar pada no tel. bimbit anda yang anda

daftarkan di mesin ATM sebelum ini. 

Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan, masukkan kad
macam biasa, pada Menu, pilih Maybank2u.

2. Kemudian pilih ”Pin Laluan maybank”.
3. Ikut langkah seterusnya, masukkan pin kod pilihan anda. Anda

akan gunakan pin ini untuk aktifkan akaun di laman
maybank2u.com.my nanti.

4. Ingat pin kod anda baik-baik.
5. Penting : Buat semula langkah 1, pada Menu, pilih ”maybank2u phone tac”.
6. Ikut langkah yang diterangkan, masukkan no telefon bimbit anda,
dan ikut langkah seterusnya sehingga selesai.
7. Selesai.

Ok, bila dah buat semua tu, pergi ke laman web

http://www.maybank2u.com.my klik pada Login. Anda akan dibawa ke
paparan macam di bawah ni. 


Klik pada ”First time log in please click here

Kemudian klik pada butang “Accept

Ok, kemudian anda isikan nombor kad maybank anda pada

Access Number 
(no. yg tertulis pada kad ATM anda – 16 nombor.)
Pada ruangan Pin , isikan pin kod yang anda buat pada mesin ATM
sebelum ini.
Kemudian Klik pada butang ”Activate

Pada ruangan ini, isikan username, dan password pilihan anda.

Ini adalah untuk anda login maybank2u.com.my nanti.
Username - username pilihan anda
Password - password pilihan anda
Confirm password – masukkan sekali lagi password pilihan anda.
Siap.

"Cara-Cara Untuk Transfer Duit Dan Buat Pembelian"
Langkah Kedua :
Ok, sekarang anda dah pun login akaun maybank2u anda.

Di sini akan diterangkan macam mana nak transfer duit untuk buat
Pembelian Melalui Internet.

Klik pada Accounts & Banking.

Kemudian
Kemudian Klik pada Transfers macam kat bawah ni.

Pada paparan seterusnya, isikan nombor tac yang anda dapat melalui

sms (6 angka). Kemudian klik pada Confirm.
Pastikan nama pemegang akaun adalah sama dengan nama Penerima.
Kalau semuanya ok, klik pada Confirm. Selesai.
*Setelah log out dari maybank2u, jangan lupa untuk print screen logout
summary anda.
Caranya, tekan printscreen pada keyboard anda, kalau laptop, tekan
fn+printscreen.
Buka program Paint, klik edit kemudian klik paste.
Save bukti bayaran ini pada tempat senang cari. Cth – desktop.
Selesai. 




sekian..semoga bermanfaat.. selepas baca KLIK LIKE anda SHARE